Naib johan pertandingan pula disandang pasukan tarian dari SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam.

Penyelaras pertandingan, Mohammad Faizal Nawani berkata, pertandingan itu bertujuan untuk memupuk minat dan mencungkil bakat pelajar dalam tarian tradisional sekaligus bagi mengekalkan dan mengembangkan kesenian tarian tradisional dalam kalangan generasi muda.

Pemenang pertandingan menerima sijil dan hadiah wang tunai bernilai RM500 bagi johan, naib johan (RM300) dan tempat ketiga (RM200).