Menurut guru pembimbingnya, Tuan Noriman Raja Senik, pasukan orkestra SMACH yang mempersembahkan dua buah lagu iaitu Seringgit Dua Kupang dan Adventure Tale of Professor Alex berjaya menewaskan 13 pasukan lain daripada 13 buah sekolah berasrama penuh dari seluruh negara pada festival itu.

Ekoran kemenangan itu, pasukan orkestra tersebut layak untuk menyertai Concert of Cummunity Youth Orchestras yang akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 24 November ini.