Ketua Balai Bomba Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa’aid berkata, semua ahli-ahli baharu yang menyertai pasukan PBSJ akan diberi latihan kebombaan.

“Mereka perlu mengikuti latihan setiap minggu di bawah bimbingan pegawai bomba Jeli.

“Kita amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat setempat sebagai sukarelawan bomba,” ujarnya.