Ahmad Amzad berkata, majlis tersebut bertujuan untuk memberi suntikan moral kepada pemain dan pegawai skuad bola sepak Terengganu yang bakal beraksi pada Sukma 2018 yang akan diadakan di Perak tidak lama lagi.

“Saya yakin skuad sama yang menjuarai Piala Presiden baru-baru ini akan mempamerkan aksi cemerlang sama sekali gus menggenggam pingat emas pada Sukma 2018 kelak,” katanya.