Guru Besar SK Perian, Abu Samah Jonit berkata, jamuan itu diadakan untuk memberi peluang kepada guru dan murid menikmati suasana kemeriahan Aidilfitri.

“Guru dan murid juga memakai busana baharu supaya lebih ceria untuk memeriahkan sambutan hari raya di peringkat sekolah.

“Kami juga bergotong-royong membakar lemang, merebus ketupat dan memasak rendang termasuk kuih-muih untuk dihidangkan semasa jamuan ini,” katanya.