Pengurus pasukan, Saiful Hafeez berkata, latihan berterusan dan semangat berpasukan yang tinggi menjadi kunci utama kejayaan mereka.

“Kami menewaskan pasukan lawan yang hebat untuk menjadi juara keseluruhan pada kejohanan kali ini. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Kejohanan MSSD Kinta Utara Zon D diadakan di Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri, Jalan Pasir Puteh, Ipoh, Perak.