Menurut Penyelaras Program, Dr. Norihan Abdul Hamid, program itu bertujuan membantu menyediakan keperluan persekolahan kepada pelajar kurang bernasib baik di samping memberikan semangat kepada mereka untuk terus menimba ilmu.

“Selain memberikan keceriaan kepada mereka, ia juga dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa pelajar terlibat,” katanya.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Pasar Raya Mydin dengan memberikan potongan harga yang istimewa kepada mereka.