Penolong Pengarah Projek, Khalis Amran berkata, program itu memberi peluang kepada mereka mengekspresi diri di samping menggalakkan belia untuk berani ke hadapan dan menyerlahkan potensi serta mencabar diri dalam mencapai impian.

“Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah ‘The Giant Wheel of CHA.N.GE’ iaitu satu roda besar dibahagikan beberapa bahagian dan mempunyai tugasan untuk mencabar para belia melakukan tugas menggunakan kemahiran yang mereka miliki,” katanya.