Timbalan Pengerusi Surau Al-Ikhlas, Mohd. Amin Shaary berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian wang tersebut.

“Sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan ruang tambahan 
surau bagi membolehkan lebih ramai jemaah datang ke surau ini selain mereka dapat beribadat dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya.

Penyerahan replika cek tersebut disampaikan oleh Sammugam kepada imam surau berkenaan iaitu Shafie Murad.