Kemenangan ini membolehkan pasukan yang diwakili 25 pelajar itu membawa pulang Piala Naib Canselor UMT, wang tunai RM1,500, plak dan sijil.

Dalam persaingan melibatkan sembilan buah sekolah yang menjadi johan di peringkat zon masing-masing, tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa manakala SM Sains Sultan Iskandar, Mersing pula di tempat ketiga.

Dalam penganjuran kali ini, UMT membangkitkan kesedaran kepentingan menjaga dan memulihara kelestarian laut dan biodiversiti sempena sambutan Hari Lautan Sedunia.