Menurut Guru Besar SKSS, Che Nasirah Bidin, porgram berkenaan bertujuan menghargai dan menyantuni pelajar untuk hadir dan bersemangat ke sekolah.

“Program amalan guru penyayang adalah langkah proaktif Kementerian Pendidikan ke arah keharmonian antara pendidik dan pelajar selain antara salah satu program sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini,” katanya

Menurutnya, lebih 20 biji kek disediakan untuk program yang dianjurkan Unit Bimbingan Kaunseling SKKS dan perkhidmatan Kostum Minnie Mouse dari Bujang Surprise memeriahkan lagi sambutan hari lahir berkenaan.