Majlis tersebut yang diadakan di Genting Highlands diserikan dengan kehadiran isteri Pengerusi Kumpulan Genting, Puan Sri Cecilia Lim.

Pada majlis itu, seramai 11 wakil dari rumah kebajikan terpilih menggaul hidangan tradisi Cina iaitu yee sang.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya persembahan nyanyian, tarian singa dan persembahan kebudayaan Cina.

Kesemua tetamu turut diberikan angpau serta beg cenderahati.