Program melibatkan Rela Daerah Pengkalan Hulu dan Gerik itu diserikan dengan upacara pemakaian pangkat kepada beberapa anggota terpilih serta penyampaian pakaian seragam.

Pemangku Pegawai Rela, Mohd. Farizan Md. Radzi berkata, pangkat yang disandang merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipikul si pemakai semasa menjalankan tugas.