Pengarah Urusan Maktabah Al-Fatih Rasyid Media dari Jakarta, Indonesia, Mohammad Hadi Haz Jum’at Ismail berkata, objektif utama program bersama Batalion Keenam Rejimen Artileri Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tersebut adalah untuk menyampaikan al-Quran kepada golongan yang memerlukan.

“Antara lokasi yang kami kunjungi ialah Maahad Tahfiz al-Quran Wassunnah Aminuddin, Madrasah Tahfiz al-Quran al-Karim Kampung Benoni, Sekolah Tahfiz al-Ilmi, Surau Haji Azmi dan Pusat Transit Hidayah, Papar,” katanya.