Pengasas Reach Malaysia, Sharifuden Mohammad Dom berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan dua ahli perniagaan iaitu Datuk Abu Backer Sidek dan Datuk Sam Awang bagi menjayakan program sumbangan itu.

“Kami bercadang untuk meneruskan program edaran makanan percuma di sekitar ibu negara dan Esplanade Kuantan, Pahang bermula minggu kedua bulan Ramadan,” katanya.