Ketua Raris bahagian Melaka, Mohd. Hanafie Abd. Malit berkata, konvoi itu mempunyai misi serampang dua mata.

“Selain merapatkan silaturahim dalam kalangan ahli, konvoi itu turut melakukan kerja amal ke Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar.

“Kami memberikan sedikit sumbangan yang dikutip daripada ahli kelab untuk diserahkan kepada pusat pengajian tersebut,” katanya.