Sempena majlis itu, Bank Muamalat juga melancarkan kempen e-Derma melalui perincian terbaharu aplikasi i-Muamalat iaitu QR Pay.

Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr. Mohamed Munir Abdul Majid berkata, ciri pembayaran menggunakan kod QR tersebut memudahkan pelanggan untuk memberi sumbangan kepada masjid dan surau yang terpilih di Malaysia tanpa menggunakan wang tunai.