Menurut Pengarah Pusat Islam UTeM, Dr. Muhd Akmal Noor Rajikon, seramai lima orang wakil UTeM dan empat orang wakil Persatuan Alumni Universiti Texas, Amerika Syarikat telah menyertai misi berkenaan.

“Sebanyak 24 ekor lembu dan 18 ekor kambing disembelih bagi diagih-agihkan kepada penduduk miskin di negara itu.

“Kita turut melaksanakan projek menggali 84 buah perigi untuk diwakafkan kepada penduduk,” ujarnya.