Projek kemasyarakatan yang menerima dana geran penyelidikan dari Pusat Komuniti dan Kelestarian UM (UMCares) itu bertujuan untuk menambah minat murid sekolah dalam bidang sains dan matematik melalui penganjuran aktiviti-aktiviti menarik.

Pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM, Dr. Wan Safwani Wan Kamarulzaman berkata, galakan untuk mencambah minat pelajar sekolah terhadap subjek-subjek berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

“Usaha ini adalah seiring dengan pelaksanaan inisiatif pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21),” katanya melalui satu kenyataan baru-baru ini.