Seramai 45 peserta telah mengambil bahagian dalam kursus selama dua hari itu dan 19 orang peserta telah menduduki peperiksaan untuk menjadi pengadil taekwondo kyorugi peringkat negeri.

Pengarah Teknikal PTNK, Chong Chee Chyn berkata, dengan adanya kursus itu di Kelantan, para pengadil dapat meningkatkan pengetahuan mereka mengenai peraturan-peraturan baharu di dalam bidang pengadilan taekwondo.