Pengurus pasukan PTFC, Abd. Basir Talib berkata, pihaknya optimis dapat mencapai kedudukan tersebut selepas pasukan itu telah melakukan persiapan rapi meliputi aspek mental dan fizikal.

Selain skuad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) FC, PTFC akan berdepan dengan lima lagi pasukan dalam kumpulan A iaitu IJFC, KTFC, LBFC GelangPatah, Saujana FC dan UDAFC.