Jurulatih Perunding dan Latihan Alumni Kolej Islam As-Sofa, Muhamad Fais Mohd. Fuad berkata, program yang diadakan selama tujuh hari bermula 10 November lalu diadakan untuk memantapkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar.

“Kibar kali ini lebih menekankan aspek pembelajaran bahasa Arab secara mudah dan santai berasaskan modul permainan dan aktiviti luar bilik darjah,” katanya.

Pihak sekolah yang berminat untuk mengadakan kursus bahasa tersebut boleh menghubungi beliau di talian 013-395 0965.