Program jualan yang sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi terpaksa dimulakan lebih awal apabila bilangan pengunjung semakin ramai sejak pukul 7.30 pagi.

Antara barang yang dijual pada program itu seperti ikan, ayam, beras, gula dan sayur-sayuran pada harga yang sangat berpatutan.

Koordinator Pembangunan Persekutuan Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Datuk Sulaiman Mohd. Karli berkata, program itu akan diteruskan di kawasan lain di daerah Kuala Langat bagi memberi penduduk di situ peluang mendapatkan barang berkualiti pada harga yang murah.