Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Mohd. Mahdi Musa berkata, pelbagai jenis kuih yang diperbuat daripada ubi kayu, keledek, itik, kemili, gadong dan badak disajikan sebagai jamuan pengunjung.

“Program ini bertujuan memupuk minat terutama dalam kalangan generasi muda untuk memakan pelbagai jenis ubi berkhasiat yang biasanya boleh didapati dengan mudah pada musim tengkujuh,” katanya.