Ia merupakan program tahunan sejak 2017 dalam menyantuni pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan penting.

Seramai 34 sukarelawan yang juga penuntut UM berkongsi aspirasi kejayaan dengan para peserta pada program berkenaan.

Pengarah program, Nur Nabilah Zamzuri berkata, modul yang digunakan dibahagikan mengikut aspek yang menjadi keperluan proses kemenjadian pelajar, iaitu kepimpinan, kerohanian, sahsiah, sukan, kesihatan, akademik serta motivasi.

“Bentuk penyampaian pula disesuaikan mengikut kumpulan sasaran yang ditentukan oleh pihak sekolah,” katanya.

Menurutnya, program tersebut dilaksanakan di sekolah yang terlibat.