Program itu dijalankan dengan kerjasama pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan dan guru-guru Daerah Bera yang melibatkan murid-murid pemulihan khas Zon Tembangau 5.

Pada program itu, murid-murid tahap satu didedahkan dengan kit 3P2M bagi membantu masalah membaca dan menulis selain memupuk minat mereka melalui aktiviti hands on.

Turut hadir, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, Dr. Nizam Abd. Latib dan Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.