Program itu antara lain untuk mengumpulkan masyarakat setempat untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti berbentuk komuniti.

Program itu mendapat kerjasama pelbagai pihak yang turut menyediakan gerai pameran termasuklah Balai Bomba Bukit Jalil, Klinik Pergigian Petaling Bahagia, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, dan Jabatan Persekitaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Mohd. Zairi Hashim berkata, program itu turut memberi kesempatan kepada penduduk untuk meningkatkan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan selain langkah-langkah keselamatan jika berlaku kebakaran.

“Kita turut menyumbangkan keperluan asas seperti beras dan bahan makanan mentah kepada penduduk yang kurang berkemampuan,” katanya.