Pasukan boling IPK Kelantan diwakili oleh anggota pelbagai pangkat diketuai Deputi Superintendan Sheikh Abd. Kadar Sheikh Muhammad.

Dalam satu upacara khas semalam. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan menyampaikan bendera kontinjen serta jersi pasukan kepada pasukan terbabit di Dewan Terbuka PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan

Hasanuddin berkata, beliau ingin melihat kejayaan dalam keseluruhan kategori terutamanya dalam kalangan peserta.