Beliau berkata, kontinjen polis Kedah menerima sebanyak 67 motosikal baharu dengan 20 daripadanya diserahkan kepada PGA melibatkan 16 buah Z250 dan empat buah scrambler KLX250.

Tambahnya, PDRM pada masa ini memiliki sebanyak 4,189 buah motosikal rondaan yang digunakan untuk tujuan mencegah jenayah secara aktif yang mana sebanyak 3,195 adalah model Kawasaki.

“Terdapat kira-kira 800 buah lagi motosikal baharu yang akan diterima PDRM pada tahun ini,” katanya.