Pesta anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP) itu menyediakan kira-kira 50 gerai jualan bahan bacaan untuk pelbagai peringkat umur.

Program yang berlangsung selama lima hari itu dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi diiringi Pengarah PPANP, Mohammad Nazari Abdul Hamid.