Pengerusi Majlis Muhibah Aidilfitri 2019, Mokhtar Ahmad berkata, kepulangan bekas pelajar sempena sambutan Aidilfitri telah membuka ruang kepada pihaknya untuk menganjurkan majlis berkenaan.

“Pada majlis tersebut, kami mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama-sama selain berbual dan mengimbau kembali nostalgia ketika sesi persekolahan pada tahun 1978 hingga 1984.

“Diharap pertemuan kali ini menjadi jambatan penghubung dalam mengeratkan lagi kenangan ketika zaman persekolahan serta mengingatkan bekas pelajar tentang asal usul mereka,” katanya.