Menurut ahli jawatankuasa majlis, Syed Tahrin Syed Abd. Wahab, majlis berkenaan bertujuan untuk mengeratkan persahabatan yang terjalin antara mereka selain dapat bertanya khabar dengan bekas guru sekolah berkenaan.

“Program yang diadakan setiap tahun ini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan pada masa sama mengambil berat soal kebajikan masing-masing,” katanya.