Pengasas program itu, Omana Mileravanan berkata, objektif utama program itu diadakan bertujuan membawa bakat-bakat yang dipilih dalam kalangan rakyat tempatan untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

“Kami melatih dan mendidik peserta dalam bidang kecantikan, peragaan, tarian, catwalk serta pengalaman lain yang diperlukan sebagai seorang model.

“Niat utama kami adalah untuk memberi sokongan moral kepada bakat baharu serta pendedahan dalam komuniti masyarakat India di Malaysia,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan.