Pengarah program, Zainab Md. Isa berkata, seramai 25 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang dimenangi Maizatil Akhmal Abdul Razak, 22, dari KKB. Dia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100 dan hamper.

“Ini adalah salah satu aktiviti untuk menarik lebih ramai generasi muda dalam kalangan wanita belajar di KKB yang menawarkan kursus Sijil Pastri dan Sijil Fesyen serta Pakaian,” katanya. Hadiah kepada semua pemenang disampaikan Pengarah KKB, Sobah Abd. Hamid.