Pengurus Projek, Noor Idayu Yeop Husin berkata, sambutan julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Persatuan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan dan Pergigian Taiping (PERSIS) dengan kerjasama Hospital Taiping.

“Lapan kontinjen yang menyertai perarakan sejauh 1.3 kilometer itu merentasi Jalan Taming Sari, Jalan Barrack dan Jalan Stesen. Mereka berselawat sambil membawa sepanduk kumpulan masing-masing,” katanya.

Turut berarak, Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof dan Ketua Penolong Pengarah (Perubatan) Hospital Taiping, Dr. Roshida Md Rashid.