Bertempat di Xtreme Futsal, Pulau Kambing, Kuala Terengganu, Terengganu, pertandingan tersebut dianjurkan dalam suasana meriah dan ceria.

Wakil penganjur, Mohd. Hafiz Manaf berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dan memberi kerjasama yang baik.

“Alhamdulillah, perlawanan yang tidak kira siapa pemenangnya dilihat berjaya mengukuhkan ukhuwah sesama pemain. Kami harap perlawanan seumpama ini dapat dianjurkan pada masa depan,” katanya.