Timbalan Pengarah Perkeso Terengganu, Norihan Ibrahim berkata, cek faedah sebanyak RM2,000 itu telah disampaikan kepada waris Mohd. Sari Muda iaitu Nurulhuda, 28, dan Muhammad Khairul Ridzuan, 25.

“Skuad prihatin kita telah berjaya menjejak waris Mohd. Sari sebaik mendapat maklumat kes kemalangan yang turut mengorbankan isteri, anak perempuan dan anak saudaranya di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang pada 4 November lalu," katanya.