Program bertemakan Sesaat Bersama Kenangan Selamanya itu adalah untuk mengeratkan semula hubungan kekeluargaan supaya tidak terpisah walaupun tinggal berjauhan.

Perjumpaan yang berlangsung selama dua hari satu malam itu diselitkan dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, BBQ dan mandi-manda di kawasan pantai berhadapan resort tersebut.