Menurut penyelaras program, Faizatul Akmal, percutian dan majlis alumni selama tiga hari dua malam kali kelima tersebut bertujuan untuk menyatukan bekas pelajar dan ahli keluarga yang tinggal secara berjauhan selepas menamatkan zaman persekolahan.

“Antara aktiviti yang dijalankan untuk mengeratkan silaturahim adalah majlis makan malam, berbasikal, berkayak, sukaneka dan memasak secara bergotong-royong,” katanya.