Selain meraikan para petugas hospital, pihak MB Inc. Perak turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit di wad kanak-kanak selain menyumbangkan 10 unit kerusi roda kepada HRPB.

Majlis tersebut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Anuar Zainal dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming.