Program yang dirasmikan Pengarah Suruhanjaya Koperasi negeri Perak, Azam Sulaiman itu turut dihadiri Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Mohamad Ali Hasan dan Timbalan Pengerusi Bank Co-op Persatuan, Yunus Kasim.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Datuk Abdul Ghani Ngah berkata, acara itu diharap membuka lebih banyak peluang kepada pengurusan koperasi meneroka bisnes baharu.