Pengerusinya, Arfi Ahmad berkata, sumbangan itu merupakan acara julung kali dianjurkan Manis dan menerima sambutan yang amat baik dalam kalangan pengamal media di negeri itu.

“Sumbangan ini juga merupakan kerjasama Manis dengan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith yang juga Ahli Parlimen Kuala Pila yang menyumbang 106 ekor ayam. Setiap ahli mendapat dua ekor ayam mentah untuk bekalan Aidilfitri,” katanya.