Penyelaras program, Histam Tasrip berkata, program itu dianjurkan Komuniti Sungai Limau bersama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Sungai Limau, Tabika Kemas Othmaniah dan Pusat Internet Tebuk Haji Yusof.

Menurutnya, penganjuran itu bertujuan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan golongan muda serta menyuntik rasa cintakan negara sekaligus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

“Antara aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan gerabak merdeka, persembahan pakaian merdeka pelajar Tabika Kemas, koyak kertas terpanjang dan boling buah kelapa,” katanya.