Program yang julung-julung kali dianjurkan itu bertujuan untuk meningkatkan proses penerapan nilai murni dalam diri pelajar yang berumur antara lapan hingga 10 tahun itu.

Mereka diiringi oleh beberapa guru yang sama-sama berganding bahu menyiapkan pek berbuka puasa tersebut yang mengandungi pelbagai juadah selain permainan kanak-kanak.

SRI Awfa Seremban 2 ditubuhkan pada 2016 dan diterajui Pengerusinya, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

JASA. Biro Keselamatan Persatuan Penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga Lotus Violet, Bandar Bukit Raja, Klang telah menganjurkan program Jasamu Dikenang baru-baru ini.

Program tersebut diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan pengawal keselamatan yang menjaga kawasan perumahan selama 24 jam sehari.

Barangan asas seperti beras, gula, susu dan wang tunai RM250 setiap seorang diberikan kepada semua pengawal keselamatan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan disampaikan oleh pengerusi penduduk kawasan tersebut, Sharizam Saleh.