Pengerusi Surau Desa Tronoh, Azhar Aminudin berkata, program bermula pukul 8.30 pagi hingga 2 petang itu bertujuan mendalami ilmu pengurusan jenazah yang merupakan Fardu Kifayah kepada umat Islam.

“Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan Ustaz Abd. Halim Abdul Latiff dari Jabatan Agama Islam Perak bagi muslimin manakala Ustazah Siti Nur Ashikin Ismail buat muslimat.

“Pada akhir program, praktikal pengurusan jenazah turut dilakukan bagi memantapkan lagi pemahaman mengenainya,” katanya.