Pengerusi KRT Taman Seroja, Syahrul Manap berkata, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk memeriahkan lagi program tersebut seperti pertandingan mewarna untuk anak-anak, larian kemerdekaan, pertandingan karom untuk kaum ibu dan pertandingan kibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah di Taman Seroja.

“Selain meningkatkan rasa sayang dan cintakan negara, program itu juga bertujuan merapatkan lagi hubungan sesama jiran,” katanya yang memberitahu program itu mendapat kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan Warriors Pink Club.

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepang merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.