Sebanyak 365 isi rumah dari Long Tepen, Long Lunyim, Long Julan, Long Silat, Long Pejawai, Long Dunin, Long Nuah dan Long Aton di situ telah dihubungkan dengan grid bekalan elektrik yang dibangunkan oleh Sarawak Energy Berhad.

Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, Sares itu jelas membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan penduduk di kawasan pedalaman untuk menikmati kemudahan bekalan elektrik seperti masyarakat di bandar.