Penaung Orang Bukit Malaysia (Orkita), Syah Rizan Saidan berkata, kesemua pendaki berjaya sampai ke puncak Gunung Stong yang mempunyai ketinggian 1,422 meter dari aras laut, Gunung Ayam (1,550 meter) dan Gunung Baha (1,450 meter).

“Kejayaan menawan tiga puncak gunung ini merupakan pengalaman yang cukup menarik.

“Selain mendaki gunung, kami juga menikmati keindahan Air Terjun Jelawang yang merupakan salah satu tarikan di Gunung Stong,” katanya.