Bantuan tersebut disumbangkan oleh Persatuan Wanita Tenaga Nasional Berhad (Pelitawanis TNB) bagi mensantuni golongan kurang bernasib baik.

Selain barang keperluan harian, para penerima turut diberi duit raya bagi meraikan Aidilfitri.

Turut hadir Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Ibu Pejabat, Datin Wira Ungku Ashiela Ungku Hamzah dan penasihatnya, Datuk Wira Roslan Ab Rahman.