Penasihat Program, Dr. Mohd. Fauzi Mamat berkata, aktiviti itu merupakan tanda prihatin dan salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan ahli kelab di samping menanam sifat cinta kepada alam sekitar.

“Konsep program ini berasaskan alam semula jadi. Sambil beriadah, pelajar juga dapat mendekatkan diri, menghargai dan memelihara alam sekitar bagi memulihkan alam yang tercemar,” katanya.

Program itu adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat mahasiswa untuk lebih cakna dan prihatin kepada alam sekitar agar lebih terjaga dan terpelihara.